SomEtHiNg spEciaL foR aLL!!!

My LifE is tHe ArT of thE dRaWiNg wiThOuT aN eRasEr...

eVerYonE WanT's tO bE hApPy...NobOdy wAnT's tO bE pAiN...bUt, yOu jUst cAn'T hAvE a RaiNbOw wItHouT aNy rAiN...

Sunday, January 17, 2010

EpiSoD BaRu...


Assalamualaikum w.b.t...

Hmm...setelah sekian lama membiarkan page blog ni berhabuk, kini baru la diri ni rasa agak rajin (rajin ker??) untuk membelek-belek seketika page blog ni...mungkin sekadar untuk menceriakan suasana atau hanya menyampaikan berita kepada mana-mana insan yang sudi merindui diri ini...(ada ke orang yang rindu ni???huhu..


Tiada apa yang hendak disampaikan sebenarnya...(walaupun banyak benda yang boleh dikongsi, tapi jari-jemari ini agak malas membantu untuk menitipkan kata-kata..) sekadar ingin memberitahu bahawa diri ini akan mula berpraktikum di SMK Slim River pada 18/2/2010 (Esok) jadi selepas ni dah jadi cikgu lah yea??? (cikgu ke??? tak macam cikgu pun...tak betul-betul bersedia lagi sebenarnya untuk memikul tugas mendidik anak-anak orang yang entah macam mana perangainya...berbagai kerenah...entah la...tawakal aje la...)

Apa yang paling tidak disenangi ialah apabila mendapat tahu bahawa sekolah tersebut merupakan SEKOLAH DUA SESI...alahai...betapa tidak senang hati apabila mendapat info sebegitu...tak mengapalah...mungkin ini permulaan kehidupan seorang pendidik...lagipun selepas ini diri ini sudah tidak laghi terikat dengan sistem pentadbiran sekolah... Fuhhhh...agak lega apabila memikirkan akan keadaan tersebut...jadi...apa pun, diri ini akan memastikan tugas pertama dan mungkin yang terakhir SEBAGAI PENDIDIK di institusi sekolah akan dipikul dengan sepenuh hati...

Jadi kepada mana-mana insan yang mampunyai serba sedikit input berkenaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, diharap sangat-sangat agar dapat membantu diri ini dalam melalui proses praktikum ini agar semua proses berjalan lancar...Apapun, kepada semua yang mengenali diri ini ataupun menyayangi diri ini, tolong doakan yang terbaik buat diri ini....doa kalian amat diharapkan dan amat dihargai sepanjang hayat...

Buat diri ini daripada diri ini...buat yang terbaik...lakukan segalanya semampumu...jangan hampakan harapan semua insan yang menyayangimu...Chaiyok!!! Chaiyokk!!! Nieha Boleh!!! InsyaAllah...

No comments: