SomEtHiNg spEciaL foR aLL!!!

My LifE is tHe ArT of thE dRaWiNg wiThOuT aN eRasEr...

eVerYonE WanT's tO bE hApPy...NobOdy wAnT's tO bE pAiN...bUt, yOu jUst cAn'T hAvE a RaiNbOw wItHouT aNy rAiN...

Wednesday, January 27, 2010

CiKgu @ GuRu???

Pertama sekali, salam buat semua....salam ukhwah, salam rindu serta salam satu Malaysia...Harap semua sihat...

Buat semua yang sudah sedia maklum bahawa pada semester ini Nieha menjalani Latihan Mengajar atau lebih sedap disebut berpraktikum, harap semua sudi kongsi cerita atau pandangan walaupun anda semua lebih junior apatah lagi anda semua lebih senior dari Nieha...Harap semua sudi berkongsi ilmu, pendapat dan seangkatan dengannya.

Apa yang Nieha takutkan sudah makin menipis dan semakin menjauhkan diri dari diri ini agaknya...Perasaan takut serta bimbang tidak dapat mengawal kelas dengan jayanya telah hilang...Sebabnya????Sebabnya semua pelajar dalam kelas yang Nieha masuk setakat ini masih lagi ok...(tak tahulah selepas ini bagaimana reaksi mereka...mungkin hanya ok pada peringkat awal, atau mereka memang mereka benar-benar pelajar yang ok...kalau ok hingga tamat praktikum, Alhamdulillah..harapnya begitulah..)

Jadi, ayuh semua....Tolong la ringankan tulang serta rajinkan jari untuk menitipkan sepatah dua kata sekadar untuk berkongsi pendapat dengan Nieha yang masih lagi bertatih untuk bergelar pendidik...Jangan beratkan kepala untuk berfikir...tolong ringankan kepala dan sudi-sudilah kiranya kita sama-sama berkongsi pendapat...

Terima kasih Nieha ucapkan kepada semua yang sudi membantu serta sudi memaksa diri, tangan, jari dan minda untuk memberikan sepatah dua kata sekadar untuk berkongsi...

Sharing is Caring, Right???

Sunday, January 17, 2010

EpiSoD BaRu...


Assalamualaikum w.b.t...

Hmm...setelah sekian lama membiarkan page blog ni berhabuk, kini baru la diri ni rasa agak rajin (rajin ker??) untuk membelek-belek seketika page blog ni...mungkin sekadar untuk menceriakan suasana atau hanya menyampaikan berita kepada mana-mana insan yang sudi merindui diri ini...(ada ke orang yang rindu ni???huhu..


Tiada apa yang hendak disampaikan sebenarnya...(walaupun banyak benda yang boleh dikongsi, tapi jari-jemari ini agak malas membantu untuk menitipkan kata-kata..) sekadar ingin memberitahu bahawa diri ini akan mula berpraktikum di SMK Slim River pada 18/2/2010 (Esok) jadi selepas ni dah jadi cikgu lah yea??? (cikgu ke??? tak macam cikgu pun...tak betul-betul bersedia lagi sebenarnya untuk memikul tugas mendidik anak-anak orang yang entah macam mana perangainya...berbagai kerenah...entah la...tawakal aje la...)

Apa yang paling tidak disenangi ialah apabila mendapat tahu bahawa sekolah tersebut merupakan SEKOLAH DUA SESI...alahai...betapa tidak senang hati apabila mendapat info sebegitu...tak mengapalah...mungkin ini permulaan kehidupan seorang pendidik...lagipun selepas ini diri ini sudah tidak laghi terikat dengan sistem pentadbiran sekolah... Fuhhhh...agak lega apabila memikirkan akan keadaan tersebut...jadi...apa pun, diri ini akan memastikan tugas pertama dan mungkin yang terakhir SEBAGAI PENDIDIK di institusi sekolah akan dipikul dengan sepenuh hati...

Jadi kepada mana-mana insan yang mampunyai serba sedikit input berkenaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, diharap sangat-sangat agar dapat membantu diri ini dalam melalui proses praktikum ini agar semua proses berjalan lancar...Apapun, kepada semua yang mengenali diri ini ataupun menyayangi diri ini, tolong doakan yang terbaik buat diri ini....doa kalian amat diharapkan dan amat dihargai sepanjang hayat...

Buat diri ini daripada diri ini...buat yang terbaik...lakukan segalanya semampumu...jangan hampakan harapan semua insan yang menyayangimu...Chaiyok!!! Chaiyokk!!! Nieha Boleh!!! InsyaAllah...