SomEtHiNg spEciaL foR aLL!!!

My LifE is tHe ArT of thE dRaWiNg wiThOuT aN eRasEr...

eVerYonE WanT's tO bE hApPy...NobOdy wAnT's tO bE pAiN...bUt, yOu jUst cAn'T hAvE a RaiNbOw wItHouT aNy rAiN...

Tuesday, September 18, 2012

Petua Mudah Untuk Mendapatkan Anak

Selamat membaca kembali buat semua readers blog Nieha yang tak seberapa ni.. Kali ni Nieha nak kongsi lagi petua buat semua readers di luar sana...

Kali ni petua yang Nieha nak kongsi ialah berkenaan cara mudah lagi jimat untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang tiada masalah kemandulan tetapi sukar untuk mendapatkan anak... Memang amat sesuai la bagi pasangan yang dah bertahun kahwin tapi masih belum dapat anak... Memang tak dinafikan amat banyak pasangan yang menghadapi masalah macam ni...

Jadi kali ni Nieha nak kongsi sikit petua yang berguna buat semua ni... Moga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ni yea... Setakat ni dah ramai yang berjaya selepas mencuba petua ni beberapa bulan (kebiasaannya, kebanyakan pasangan yang mencuba cara ni hanya mengambil masa selama 3-6 bulan sahaja sebelum hasilnya dapat dilihat). Ahamdulillah, kuasa Tuhan, tiada siapa yang mampu menghalang... Jadi selamat mencuba yea.. Moga anda menjadi antara yang bertuah...

Caranya cukup mudah serta amat murah sekali, memang anda tak jangka pun... Hanya menggunakan bahan asas yang anda jumpa hari-hari iaitu BAWANG PUTIH, yea, BAWANG PUTIH yea tuan-tuan dan puan-puan sekalian... Anda langsung tak jangka kan?

 
Ni rupa bawang putih ok...

Anda hanya perlu makan bawang putih ni tiga ulas setiap kali anda makan nasi ( Nieha cakap makan nasi sebab dengan cara makan dengan nasi akan mengurangkan bau bawang tu )... Anda perlu amalkan sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali seminggu atau mengikut kesukaan la.. Sebabnya ada yang tak suka dengan bau bawang putih ni, jadi hanya makan tiga kali seminggu dah cukup, tapi kalau anda suka dengan bawang putih serta tiada masalah dengan bau bawang putih ni, anda boleh aje makan sebanyak mana yang anda mahu serta bila-bila masa sahaja... Yang penting anda tidak rasa terbeban serta selesa dengan apa yang anda amalkan...

Perlu diingatkan, bawang putih ni peru dimakan mentah yea... Jangan pula ada yang pertikai dia dah selalu makan bawang putih dalam setiap masakan tetapi masih belum nampak sebarang hasil lagi... Makan mentah yea sahabatku sekalian..

Makan mentah macam ni pon ok jugak...

Lagi satu, jangan pulak ada yang mengada-ngada makan bawang putih jeruk kemudian duk komplen tak dapat hasil yang diidamkan... Nieha dah cakap, bawang putih mentah ok, bukan bawang putih jeruk yea...

Ni rupa bawang putih jeruk...

--------------------------------------------------------------------------

Lagipun, banyak sangat fakta menarik pasal bawang putih ni, kita je tak tahu atau mungkin tak nak ambil tahu.. Antaranya termasuklah:-

~ Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi, sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi. Bawang putih adalah makanan semulajadi yang baik untuk diamalkan oleh wanita-wanita hamil.

~  Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih, kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang pengeluaran haid.

~  Dengan mengambil bawang putih sebagai salah satu dalam menu makanan harian, akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat masalah jantung dan sebagainya. Dengan penerangan ini, ternyata bawang putih merupakan salah satu herba atau tumbuhan yang sangat penting. Ia bukan sahaja menjadi bahan dalam masakan, tetapi juga menjadi bahan dalam sesuatu ramuan untuk merawat seseorang pesakit.

Begitu la sedikit sebanyak kebaikan bawang putih terhadap kesihatan manusia. Sesiapa pun tidak boleh menafikan hal ini kerana telah terbukti bawang putih merupakan salah satu tumbuhan atau herba yang amat dikenali dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Oleh itu peranan bawang putih dalam masyarakat hari ini adalah sangat penting dan tidak boleh dinafikan keberkesanannya. Kepada sesiapa yang ingin mencuba bolehlah amalkan mengambil bawang putih dalam rutin pemakanan. Insyaallah, dengan izin Allah mudah-mudahan ianya memberikan kebaikan.




P/S: Petua ni hanya sesuai bagi pasangan yang tiada masalah kemandulan tetapi sukar mendapatkan anak sahaja... Kalau yang ada masalah mandul tu, hanya Tuhan je boleh membantu...

Wednesday, September 12, 2012

Some info Buat Johorian..

Salam 1 Malaysia buat rakan blogger..

Kali ni nieha ada satu news buat semua Johorian atau sesiapa saja yang ke Johor atau berada di Johor atau mahu ke Johor....

Ni best punya news laa kiranya, jom pakat pekena Ayam Pusing Madu Berempah yang special giler wa cakap lu, sekarang ni akan dibuka di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru (Berhadapan Klinik Kesihatan Majidee, berdekatan Warung ABC Special kat Kampung Melayu Majidee tu)..Gerai ni dijangka akan mula beroperasi pada hari Ahad, 16 September 2012..Jangan lupa yea..

Kalau kot-kot tak tahu kat mana tempat ni, boleh la roger-roger, confirm terangkat la kalau pekena Ayam Pusing Madu Berempah ni.. For information rakan blogger semua, Ayam Pusing Madu Berempah ni memang amat lain dari yang lain la..Pernah menggegarkan Pekan Segamat pada beberapa tahun lepas.. Geng-geng Segamat confirm tau punya cerita ni..

Sekarang ni Ayam Pusing Madu Berempah ni tengah menggegarkan Pekan Besut dan Setiu kat Terengganu nuh... Cayalah beb, dari Selatan sampai ke Pantai Timur tergegar, memang sah powerrr punya.. Yang terkini, dijangka akan menggegarkan Johor Bahru pulak.. So, jom la jadi yang terawal untuk merasai powernya... Rugi wooo kalau tak cuba, memang best sampai terangkat la, sampai menjilat ibu jari kaki la.. Hehehe...

Promo ni, lagi satu yang bestnya khas buat warga Johor serta negeri berdekatan, kali ni owner Ayam Pusing Madu Berempah ni mula terima booking / tempahan untuk sebarang majlis yang anda mahu perkhidmatannya.. Lagipun, harga yang ditawarkan pun amat berpatutan... Kiranya harga mampu milik la buat semua golongan serta segenap lapisan masyarakat.

Kalau anda berminat, boleh leerr jenguk-jenguk banner kat bawah.. Datang terus nanti pon ok, boleh terus merasa.. Hehehe..:)...Sharing is caring kan??? Right??? Sape setuju??? Angkat tangan macam saya... Hehehe..