Meeting:Mesyuarat
Dating:Perjumpaan
Ada persamaan ke antara dua benda ni? Ataupun ada perbezaan ke antara dua benda ni? Mana satu yang perlu dipersoalkan? Terkadang otak serta fikiran singkatku akan bercelaru memikirkan perkara remeh-temeh sebegini..
Nak tau kenapa? Yea la, bila anda merasakan diri anda diabaikan oleh seseorang atau anda mula merasakan diri anda atau apa saja yang anda lakukan tidak dihargai, sudah tentu anda akan berfikir dengan cara yang tak wajar..
Situasi yang kualami kini menyebabkan fikiranku berfungsi melawan arus (agaknya lah). Hal ni dapat kuperhatikan sejak kebelakangan ini bila aku mula cepat merajuk, mudah berkecil hati serta cepat saja nak mengamuk.. Pantang ada silap (walaupun hanya sebesar zarah) sudah pasti aku akan mengamuk.. Kenapa agaknya yea? Perubahan hormonkah? Atau kecelaruan emosikah? Apakah sebenarnya yang kualami ni?
Cuba anda nilaikan berdasarkan situasi ni:
Dulu-dulu:
~Ayang, abang ada meeting kejap lagi.. Abang balik lambat sikit..
~Ok la.. Hati-hati bawak motor balik nanti...
~Ayang, abang tak balik tengah hari ni, ada meeting.. Petang karang baru balik lepas abes sume keje..
~Takpe lah, buat keje elok-elok.. Jangan sampai tak makan, nanti sakit...
Sekarang (sejak kebelakangan ini):
~Ayang, abang balik lewat arini, ada meeting..
~Yealah tu.. Meeting je hari-hari.. Tak sudah-sudah meeting... Meeting ke dating??
~Ayang, abang kena pergi sekolah arini (hari Sabtu), ada kerja sikit..
~Cuti-cuti pun sibuk ngan kerja, saja la tu buat-buat sibuk.. Padahal tak suka duk kat umah..
Pelik kan? Aneh sangat-sangat.. Apa sebenarnya yang berlaku pada aku? Memori rosakkah? Virus apakah yang menyerang? Puas sudah aku cuba tilik balik kesemuanya, namun masih gagal menemui punca kepada ketidakseimbangan ini.. Bukan ini pintaku.. Sungguh.. Langsung tidak pernah terlintas di benakku untuk bersikap seakan-akan makhluk asing sebegini.. Aku sendiri tidak faham dengan diriku...
Terkadang terlintas di benakku, wujudkah insan yang tidak memahami dirinya sendiri.. Aku tak ketemu jawapannya kerana aku buta biologi.. Jadi aku susah untuk memahami biologi manusia.. Kalau fizik atau kimia, mungkin aku faham (ada ke fizik/kimia manusia??entah lah)..
Walau apa pun yang terjadi, aku berusaha sedaya upaya memperbaikinya kerana hanya yang terbaik kudambakan..Doakan aku agar dapat melupuskan unsur-unsur aneh ini segera..
2 comments:
Agaknya ini la sindrom kecelaruan..
Aku dah jd fobia dengan perkataan meeting..sebut meeting je, mesti fikir dating..yea la tuh..meeting ke dating??
Post a Comment