Dah lama rasanya aku tidak lagi menitipkan sebarang perkhabaran di blogku ini..Jemariku serasa amat malas untuk menari-nari di atas keyboard laptop kesayanganku untuk menitipkan secoret cerita buat tatapan semua..Semuanya kerana terlalu beratnya beban yang kutanggung hingga aku merasa amat malas untuk melakukan apa jua...
Namun, hari ini...segalanya berubah..ya, segalanya telah berubah..aku telah mula membuka ruang di mindaku untuk mencoretkan secebis coretan buat tatapan pengunjung blogku..mungkin coretanku ini tidaklah terlalu bermakna buat insan-insan lain, namun aku hanya mampu berharap agar coretanku yang tak seberapa ini akan mampu menyampaikan segarit berita serta perkhabaran buat teman-teman blogger semua..
Aku kini sedang menuju ke fasa baru..mungkin untuk kebahagiaan..atau mungkin juga untuk kesakitan..entahlah..hanya Tuhan je yang tahu dan hanya Tuhan je yang memahami..
Apapun, aku amat berharap, kalian semua doakan aku bahagia..semoga aku sentiasa gembira..amin...
No comments:
Post a Comment