1. KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Pemandu teksi dari Kuala Lumpur terkenal kerana mengenakan cas
berlebihan terhadap pelanggan dan walaupun mereka sepatutnya mengenakan
bayaran mengikut meter, ramai pemandu tidak berbuat demikian. Teksi di
Kuala Lumpur juga selalunya usang dan buruk.
2. ROME, ITALI
Teksi adalah terhad dan pemandu sering kasar dan sukar untuk
berurusan dengan mereka. Jika hari hujan, pemandu mengenakan harga dua
atau tiga kali ganda untuk perkhidmatan teksi.
3. BANGKOK, THAILAND
Walaupun ramai menganggap Bangkok, Thailand mempunyai beberapa
pemandu teksi terbaik di dunia, terdapat banyak pemandu yang tidak tahu
jalan. Beberapa pelancong mengatakan bahawa mereka tersesat walaupun
mereka membayar tambang yang mahal tetapi hakikatnya
ialah kebanyakan pemandu di Bangkok merupakan petani yang memandu teksi
untuk membuat sedikit wang tambahan.
4. PARIS, PERANCIS
Pemandu teksi di Paris dikenali kerana sikap kasar mereka. Jika
anda bercakap bahasa Perancis, ia jelas lebih mudah untuk mendapatkan
perkhidmatan teksi di sekitar di ibu kota Perancis itu. Jika tidak,
pelancong dinasihatkan untuk menulis alamat pada sehelai kertas untuk
diperlihatkan kepada pemandu teksi.
5. NEW YORK, USA
Walaupun pemandu teksi di New York dianggap mengenakan kos yang
berpatutan dan mesra pada umumnya, ramai pemandu tidak benar-benar tahu
jalan dan itu menjadikan tambang boleh menjadi lebih banyak daripada apa
yang anda harapkan.
6. MUMBAI, INDIA
Pemandu teksi India sebenarnya bersaing atas perniagaan mereka, dan
itu bukan petanda yang baik untuk keselamatan penumpang. Masalah lain
ialah banyak teksi lama yang tidak mempunyai tali pinggang keledar di
Mumbai.
7. ZURICH, SWITZERLAND
Masalah bahasa selalu dihadapi oleh pelancong selain daripada kos
tambang teksi yang agak mahal. Pelancong perlu bersedia dengan arahan
sendiri atau berharap bahawa pemandu teksi yang anda naiki mempunyai GPS
melainkan jika destinasi anda adalah satu tempat yang sangat terkenal
seperti lapangan terbang atau sebuah hotel yang sangat besar.
8. CAIRO, MESIR
Di Kaherah, Mesir, pemandu teksi terkenal kerana suka mengikut
orang di jalanan dan mengugut mereka untuk mendapatkan lebih banyak
perniagaan.
9. SHANGHAI, CHINA
Di China, pelancong disarankan menulis tempat tujuan di atas kertas
dalam bahasa Cina, jika tidak anda akan menghadapi kesukaran mencari
destinasi yang anda cari.
10. MOSCOW, RUSSIA
Di Moscow, pemandu agak menyusahkan, tetapi mereka
sekurang-kurangnya dilihat pada umumnya pemurah dan jujur. Masalah teksi
di Moscow ialah sukar untuk mencari teksi di beberapa kawasan. Banyak
kereta haram memandu sekitar Moscow dan cuba untuk mendapatkan
penumpang, itu yang anda harus elakkan kerana kos yang mahal – London
Cabs UK
No comments:
Post a Comment