Assalamualaikum...
Sudah agak lama rasanya blog ini terbiar tanpa jagaan..
Bukan niat di hati nak mengabaikan blog ni, tapi keadaan agak tidak mengizinkan..
Setelah agak lama merasakan keseorangan serta kebosanan, akhirnya dia hadir membawa keceriaan serta menghilangkan kebosananku sekaligus..Alhamdulillah..
Memang di awal usia kewujudannya, aku agak tertekan, serasa mahu marah, namun tidak pasti pada siapa.. Yea la, aku langsung tidak menginginkan kehadiran insan lain dalam hidupku dalam masa terdekat, namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang.. Kerja-Nya, tiada siapa dapat menduga. Perhitungan-Nya jelas ada rahmat walaupun kita manusia biasa tidak bisa mencongak serta menduganya.
Aku akui, akhirnya, dia juga yang berjaya mengubat hati yang walang.. Agak berkurangan rasa resah serta kebosanan dalam diri ini.. Semuanya kerana kehadirannya.. Terima kasih Tuhan atas kurniaan-Mu.. Terima kasih atas kehadirannya..
Sesungguhnya kini, kasih sayangku tertumpah sepenuhnya pada insan kecil itu.. Sayang yang teramat sayang..
No comments:
Post a Comment