SomEtHiNg spEciaL foR aLL!!!

My LifE is tHe ArT of thE dRaWiNg wiThOuT aN eRasEr...

eVerYonE WanT's tO bE hApPy...NobOdy wAnT's tO bE pAiN...bUt, yOu jUst cAn'T hAvE a RaiNbOw wItHouT aNy rAiN...

Thursday, February 24, 2011

Hidup ni memenatkan, kan?


Assalamualaikum w.b.t. buat semua...

Pelik kan tajuk tu? Tapi itu la kenyataannya.. Ya, amat memenatkan jika kita menghadapi masalah dan tiada siapa pun yang boleh diharapkan untuk kita kongsikan masalah tersebut.. Malah yang lebih parah, masalah itu terlalu mengganggu hingga menenggelamkan kegembiraan kita.. Teruk kan?

Baiklah, mungkin bagi insan di luar sana, apabila membaca apa yang aku tulis ini kalian akan menganggap aku mengeluh terhadap hidupku... Tidak! Sama sekali tidak.. Cuma aku ingin melepaskan sedikit bebanan dalam fikiranku ini.. Tidak semua orang akan faham kita kan? Lagipun sudah nyata cara setiap orang melepaskan tekanan adalah berbeza.. Jadi ini adalah caraku.. Jangan pertikaikan apa yang aku lakukan kerana aku adalah aku..

Memang tiada salahnya suatu teguran atau pendapat, tapi sikap manusia sememangnya pelik lagi aneh.. Kebanyakan dari kita hanya tahu menempelak orang lain, hanya tahu melihat kekurangan orang lain.. Namun, mengapa ketika insan itu ( yang kamu tempelak, yang kamu tegur mengenai kekurangannya ) menghadapi masalah, kamu menjauhkan diri? Menghindar.. Usahkan untuk membantu, malah untuk meminjamkan telinga kamu untuk seketika pun kamu menolak, menyisihnya seolah-olah kamu langsung tidak mengenalinya..

Kita semua sedia maklum, betapa hebatnya kuasa seorang rakan, sahabat serta teman di kala kita dirundung masalah.. Tiada yang lebih kita harapkan daripada seorang insan yang menggelarkan diri mereka sahabat, teman serta rakan melainkan untuk menjadi pendengar setia.. Alangkah bagusnya jika setiap insan yang mengaku mereka itu sahabat, teman atau rakan mampu meminjamkan telinga mereka walaupun hanya untuk sesaat.. Namun sekecil itu pun tidak mampu untuk mereka lakukan, apatah lagi untuk meminjamkan bahu bagi kita bersandar dalam menghadapi masalah..

Aku katakan ini kerana terlampau banyak keadaan sebegini yang berlaku.. Aku juga berusaha menginsafi diri agar berusaha menjadi sahabat, rakan serta teman yang terbaik walaupun kuakui aku juga punya kekurangan kerna aku insan serba kekurangan..

Kepada semua sahabat-sahabat, rakan-rakan serta teman-teman di luar sana, ayuh kita sama-sama berusaha untuk menjadi sahabat, rakan serta teman yang terbaik buat sahabat-sahabat, rakan-rakan serta teman-teman kita..

Moga-moga talian yang kita jalinkan akan bertambah kukuh dengan usaha yang kita lakukan kerana persabahatan adalah suatu talian terindah yang bisa kita jalinkan..

No comments: