SomEtHiNg spEciaL foR aLL!!!

My LifE is tHe ArT of thE dRaWiNg wiThOuT aN eRasEr...

eVerYonE WanT's tO bE hApPy...NobOdy wAnT's tO bE pAiN...bUt, yOu jUst cAn'T hAvE a RaiNbOw wItHouT aNy rAiN...

Friday, October 19, 2012

Lee Chong Wei & Wong Mew Choo Get Married

Salam 1 Malaysia..

Meletop kan tajuk entry kali nih? Yeah just because takde angin takde ribut then tetiba je Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei umumkan beliau nak berkahwin dengan pujaan hati beliau... Wah, mantap gitu *__*..

Dalam pada dok sembunyikan rahsia percintaan serta sisip peribadinya, beliau rupanya sudah menyulam cinta bersama gadis istimewa dalam hidup beliau ini selama 11 tahun... 11 TAHUN OK.. bukan 11 bulan... sangat teramat lama kan? (sangat lewah penggunaan kata penguat aku, menyimpang dari prinsip pendidik bahasa)

So, tak perlu la Nieha nak cerita panjang lebar, kang meenyimpang lak.. Just tunggu je announcement from pihak media ok..

Apa pun, check this out!  *_*v


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sepadan kan?

Romantiknya
LCWMC


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sambungannya kat bawah...
sambungannya kat bawah...
sambungannya kat bawah...



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

THE END.

Thursday, October 11, 2012

Gadis 15 Tahun Miliki Rambut Terpanjang di Dunia

Seorang gadis selama 15 tahun tidak pernah memotong rambutnya hingga rambutnya tumbuh sepanjang 2.42 meter. Gadis ini mendapat predikat sebagai gadis dengan rambut paling panjang di dunia. Dengan rambut sepanjang itu tentunya dia tidak boleh tidak mengurai rambutnya kecuali rambutnya akan menjadi sapu buat lantai rumahnya.
Rambut langkanya ini pernah menarik seorang pengumpul untuk membeli rambutnya dengan harga USD 78,000 namun gadis ini menolak untuk menjualnya kepada Sang Pengumpul.
Gadis ini sangat menyayangi rambutnya hingga walaupun rambutnya sepanjang itu tidak pernah telihat kusut dan terkesan tidak terawat. Rambutnya kelihatan rapi kerana secara rutin dia merawatnya.
 
 
 
 
 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
sumber dan lagi gambar  : gadis-dengan-rambut-terpanjang-di-dunia
 

Fazura vs Kereta Maserati Bernilai RM 1 Juta

 


Pelakon popular Nur Fazura telah memuat naik beberapa keping gambarnya bersama kereta baru Maserati iaitu Maserati GranTurismo baru-baru ini.

 Difahamkan harga kereta ini amatlah mahal sehingga boleh mencecah melebihi RM 1 juta. Siapakahlah agaknya yang menghadiahkan kereta ini kepada Fazura ya?
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
;)

Nafi Bercinta Dengan Elfira Loy, Randy Pangalila Dedah Nama Kekasih


 


Pelakon popular dari Indonesia, Randy Pangalila mengakui hatinya kini telah dimiliki dan sudah mempunyai kekasih sejak dua tahun yang lalu. Penjelasan jejaka berusia 22 tahun ini sekaligus menepis gosip cinta antara beliau dengan pasangan heroinnya dalam telefilem, ‘Mimpi Sampai Ke Bintang’, Elfira Loy yang cukup hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

“Saya sudah ada kekasih di Indonesia. Kami sudah berpacaran sejak dua tahun lepas dan teman wanita saya juga merupakan orang yang turut terlibat dalam industri hiburan. Cukup saya katakan, dia adalah salah seorang pelakon sinetron, ‘Nada Cinta’,” jelas Randy ketika ditemui pada majlis sidang media drama ‘Dalam Hati Ada Taman’, di Flora CafĂ©, Amp Walk, petang semalam.

Ditanya siapakah kekasih hatinya itu, Randy yang pada mulanya agak keberatan untuk memberitahu akhirnya berkongsi, “Namanya Michella Putri dan berumur 19 tahun. Sudah sebulan kami tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan jadual lakonan. Tidak dinafikan saya rindu sama dia namun kami sama-sama mengerti dengan kesibukan ini dan hanya berhubung melalui Skype.”

Diusik sama ada beliau mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya dengan kekasihnya itu, Randy sambil tersenyum memberitahu, “Kami memang serius dalam hubungan ini namun untuk ke tahap seterusnya, kami serahkan segalanya pada Tuhan. Saya sendiri sasar dalam tiga tahun lagi untuk berkahwin.”

Ada iras Elfira Loy tak??...;)
        


Alang-alang bertemu dengan aktor kelahiran Surabaya ini, sempat bertanyakan kepada beliau mengenai isu kedatangannya ke Malaysia yang tidak disenangi oleh segelintir pihak di mana Presiden Seniman, Zed Zaidi pernah mempertikaikan mengenai penglibatan beliau dalam industri seni negara ini sama ada menggunakan permit kerja yang sah atau tidak.

Menjawab mengenai isu ini, Randy memberitahu, “Bagi saya ini cuma masalah komunikasi dan kalau boleh saya tak mahu memperbesarkan hal ini. Apa yang boleh saya katakan, sebelum datang ke Malaysia, benda yang saya cukup titikberatkan sudah tentulah permit kerana saya sendiri tidak mahu bekerja secara tidak sah di sini. Pihak produksi sendiri telah memastikan penyediaan permit diuruskan dengan betul sebelum saya berlakon di sini.”

Berkongsi mengenai kerjaya lakonannya di sini, Randy yang sudah empat kali mengunjungi Malaysia memberitahu, “Sebagai pelakon, saya dapat kepuasan apabila berlakon dengan produksi Malaysia kerana waktu penggambarannya tidak lama dan saya suka seperti ini. Tidak seperti di Indonesia di mana saya sendiri pernah berlakon selama empat tahun untuk sinetron 1000 episod, ‘Cinta Fitri’.

“Tapi, jika fikir soal bayaran, sudah tentu di Indonesia namun jika mencari kepuasan, saya lebih puas berlakon di Malaysia,” ujar Randy yang kini sedang sibuk dengan penggambaran sinetron, ‘Raja dan Aku’ di Indonesia.

Dalam perkembangan lain, Randy bakal muncul dalam drama terbaru Michael Ang, ‘Dalam Hati Ada Taman’ yang bakal disiarkan setiap hari Isnin, jam 9.30 malam mulai 29 Oktober 2012 di Astro Ria. Randy juga masih mempunyai dua lagi kontrak filem dengan produksi Michael di mana salah satunya ialah ‘KL Meroyan’ yang akan menggandingkannya dengan aktres, Erra Fazira.

Rama-Rama Cermin Transparent(Lutsinar) Yang Cantik & Unik



Rama-rama adalah serangga yang cukup indah dan mengasyikkan. Memerhatikan ia berterbangan mencari si bunga untuk menghisap madu sungguh menenangkan. Serangga ini cukup unik dan cantik. Sehinggakan dijadikan sebagai hobi oleh sesetengah orang untuk mengumpul sebagai koleksi.


Namun Rama-Rama ‘Cermin’ ( Glasswinged butterfly [Greta oto] ) adalah spesis yang unik kerana pada kedua-dua belah sayapnya adalah lutsinar. Jom kita lihat gambar-gambar di bawah ini.




 



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sungguh cantik ciptaan Allah SWT. Rama-rama ini mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri. Antara keunikan yang jelas kelihatan adalah sayapnya yang lutsinar sehingga menampakkan imej di bahagian sana. Ketika inilah kita perlu sentiasa memuji kebesaran Allah SWT. Rama-rama yang sungguh luar biasa.

13 BARANGAN ANEH YANG DIGUNAKAN UNTUK KHAYAL





myMetro | Enam jalan utama di ibu negara ditutup Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Enam jalan utama di ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat antara pukul 2 petang hingga 9 malam pada Sabtu ini, bersempena dengan larian 'Nike We Run KL 10K 2012'.
 
 
 
Jalan terlibat ialah Jalan Ampang menghala ke Jalan Sultan Ismail (2pm-7pm), Lebuhraya Akleh ditutup sepenuhnya (4.30pm-8.30pm), Jalan Sultan Ismail ke Jalan Kuching - ditutup satu lorong (4pm-7pm), Jalan Kuching menghala ke Bulatan Dato' Onn - ditutup satu lorong (4pm-8pm), Bulatan Dato' Onn menghala ke Jalan Parlimen (5pm-8pm) dan Jalan Parlimen menghala ke Bulatan Dato' Onn (4pm-9pm). 
 
 
Penganjur larian itu dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata Nike Malaysia akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan anggota Rela bagi memastikan keselamatan peserta.


Kenyataan itu juga menyebut larian 'Nike We Run KL 10k' tahun ini, dijangka disertai oleh 15,000 peserta.

 
Larian itu adalah sebahagian daripada siri larian global 'Nike We Run', melibatkan 400,000 pelari dari 34 negara dan merupakan pengalaman unik kepada peserta kerana menggabungkan aktiviti berlari dan muzik.

 
Larian berkenaan akan bermula pada jam 5.30 petang di Jalan Ampang dan berakhir di Padang Merbok. - Bernama
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Ini pelan larian pada hari Sabtu nanti...