SomEtHiNg spEciaL foR aLL!!!

My LifE is tHe ArT of thE dRaWiNg wiThOuT aN eRasEr...

eVerYonE WanT's tO bE hApPy...NobOdy wAnT's tO bE pAiN...bUt, yOu jUst cAn'T hAvE a RaiNbOw wItHouT aNy rAiN...

Sunday, February 27, 2011

Petua Atuk Nenek : Putihkan Gigi



Assalamualaikum semua...

Hmmm... Kali ni aku nak cakap pasal petua lak.. Yea la, dulu-dulu masa kecik-kecik, aku selalu teruja bila tengok model iklan Colgate, Darlie dan sewaktu dengan... Nak tau kenapa? Sebabnya gigi diorang sangat la putih gebu...( gebu ke?)... Best sangat.. Masa tu mula la berangan kalau la gigi aku seputih mereka, mesti semua orang akan suka.. Yea la, senyuman kita akan bertambah manis dengan gigi yang lawa kan?

Jadi aku pun terus la melayan anganku tu... Sampai la bila aku dah agak remaja (masa sekolah menengah) aku sibuk bertanya kat mak aku, pak sedara malah akak aku bagaimana cara nak bagi gigi putih.. Tapi diorang semua tak tahu...

Sampai satu hari, aku tanya mak cik aku yang dah agak tua... Dia pun bagitau la petua orang dulu-dulu.. Pecah la rahsia ni... Jadi aku pun nak kongsi ngan anda semua di luar sana la petua ni...

Petua ni senang je, jimat (jimat masa dan modal) yea, memang jimat.. Barang yang nak digunakan ada di sekeliling anda ja... Baiklah, aku bagi petuanya ok...

Begini, setiap pagi selepas bangun tidur, (yea la mesti la selepas bangun tidur, tak kan sambil tidur pulak) apa yang perlu anda lakukan ialah cuma tambahkan secubit garam halus (garam makan yang dibuat masak tu) atas ubat gigi sebelum anda memberus gigi.. Lepas dah letak garam atas ubat gigi yang dah anda coletkan pada berus gigi, berus la gigi anda macam biasa..

Benda ni kena amalkan selalu baru nampak hasilnya.. Jangan hari ni buat nak terus nampak hasil... Dulu aku selalu jugak amalkan, tapi bile dah mula nampak hasil, mula la malas.. Sudahnya hasil tak memberangsangkan.. Gigi kita bila makin lama digunakan makin berkarat la.. Makin tak cantik la jadinya.. So, ni cara termudah buat semua.. Good luck.. Moga anda mendapat hasil yang diimpikan...

1 comment:

nieha niezzeissha said...

Hope berguna buat anda yang memang ingin memutihkan gigi tanpa menggunakan modal yang besar dan mudah...LAgipun kos rawatan pemutihan gigi yang paling murah pun RM700..Jadi, ni la cara paling murah, paling mudah dan tak perlu ke klinik @ pusat rawatan gigi.. Cuma lakukan di rumah aje.. Yang penting selalu amalakan.. InsyaAllah, berkesan..Cuba la!!