SomEtHiNg spEciaL foR aLL!!!

My LifE is tHe ArT of thE dRaWiNg wiThOuT aN eRasEr...

eVerYonE WanT's tO bE hApPy...NobOdy wAnT's tO bE pAiN...bUt, yOu jUst cAn'T hAvE a RaiNbOw wItHouT aNy rAiN...

Wednesday, September 12, 2012

Some info Buat Johorian..

Salam 1 Malaysia buat rakan blogger..

Kali ni nieha ada satu news buat semua Johorian atau sesiapa saja yang ke Johor atau berada di Johor atau mahu ke Johor....

Ni best punya news laa kiranya, jom pakat pekena Ayam Pusing Madu Berempah yang special giler wa cakap lu, sekarang ni akan dibuka di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru (Berhadapan Klinik Kesihatan Majidee, berdekatan Warung ABC Special kat Kampung Melayu Majidee tu)..Gerai ni dijangka akan mula beroperasi pada hari Ahad, 16 September 2012..Jangan lupa yea..

Kalau kot-kot tak tahu kat mana tempat ni, boleh la roger-roger, confirm terangkat la kalau pekena Ayam Pusing Madu Berempah ni.. For information rakan blogger semua, Ayam Pusing Madu Berempah ni memang amat lain dari yang lain la..Pernah menggegarkan Pekan Segamat pada beberapa tahun lepas.. Geng-geng Segamat confirm tau punya cerita ni..

Sekarang ni Ayam Pusing Madu Berempah ni tengah menggegarkan Pekan Besut dan Setiu kat Terengganu nuh... Cayalah beb, dari Selatan sampai ke Pantai Timur tergegar, memang sah powerrr punya.. Yang terkini, dijangka akan menggegarkan Johor Bahru pulak.. So, jom la jadi yang terawal untuk merasai powernya... Rugi wooo kalau tak cuba, memang best sampai terangkat la, sampai menjilat ibu jari kaki la.. Hehehe...

Promo ni, lagi satu yang bestnya khas buat warga Johor serta negeri berdekatan, kali ni owner Ayam Pusing Madu Berempah ni mula terima booking / tempahan untuk sebarang majlis yang anda mahu perkhidmatannya.. Lagipun, harga yang ditawarkan pun amat berpatutan... Kiranya harga mampu milik la buat semua golongan serta segenap lapisan masyarakat.

Kalau anda berminat, boleh leerr jenguk-jenguk banner kat bawah.. Datang terus nanti pon ok, boleh terus merasa.. Hehehe..:)...Sharing is caring kan??? Right??? Sape setuju??? Angkat tangan macam saya... Hehehe..

Monday, August 6, 2012

Petua Atuk Nenek ~ Putihkan Ketiak

Salam Muhibbah, Salam 1Malaysia semua... Best kan bila kadang-kadang dapat berkongsi dengan semua...yea, sharing is caring, right? Indah hidup ni jika perkongsian yang dilakukan memberi mamfaat terbaik buat insan-insan lain...


Jadi, untuk kali ni, nieha nak kongsi lagi petua buat semua...kali ni nieha nak kongsi petua untuk MEMUTIHKAN KETIAK...yea, MEMUTIHKAN KETIAK...diulangi, MEMUTIHKAN KETIAK... Eh, dah macam cikgu sedang mengajar dalam kelas pulak..hikss, apa laa...ok, serius time...nieha sedar, ramai dalam kalangan kita idamkan ketiak yang putih melepak bak artis-artis, bak model-model deodorant...sebabnya kita orang asia, melanin dalam kulit kita lebih dari orang eropah...jadi memang natural la kalau tempat terselit, tersepit, tersembunyi tu agak kelam, agak suram, agak tak menarik warnanya jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di badan kita... 



Memang tak dinafikan, orang-orang asia amat tertarik dengan produk untuk memutihkan ketiak...Hal ini benar, disokong dengan kajian pengguna yang nieha sendiri buat 3bulan yang lepas... 388 orang daripada 500 orang di negara kita mahukan ketiak yang lebih putih...sebab tu la sekarang pasaran kita melambak dengan produk pemutihan ketiak...tapi, adakah lambakan produk tu membantu sepenuhnya? adakah semua produk tu sesuai dengan semua orang? jawapannya, TIDAK!!! Kenapa nieha kata tidak? sebab kajian nieha tu daripada pengalaman sebenar yang dialami setiap orang...



Banyak cara sebenarnya untuk putihkan ketiak, antaranya: 
  1. Guna deodorant yang ada agen pemutih
  2. Laser
  3. Rawatan pemutihan
  4. Petua orang dulu-dulu 


Jadi, untuk berkongsi sedikit petua yang boleh anda semua cuba, nieha bagi beberapa petua, anda sendiri yang pilih cara mana yang anda nak guna..So, selamat mencuba..CUBA JAYA, ok.. Petuanya: 
  1. Lap ketiak hingga kering selepas mandi sebelum pakai deodorant)lebih cepat proses penyerapan bahan daripada deodorant ke dalam lapisan epedermis kulit. Lagi cepat proses penyerapan, lagi cepat produk tu beri kesan pada kulit anda.
  2. Guna temulawak (gosok-gosok di ketiak setiap pagi & malam)
  3. Limau nipis/lemon (dua benda ni ada kandungan asid yang baik untuk memutihkan kulit secara selamat) potong dua, gosok-gosok pada ketiak setiap malam@bila-bila masa anda inginkan. Kesannya dapat dilihat dalam masa 2 minggu.
  4. Soda bikarbonat/natrium bikarbonat(benda ni selalunya orang guna untuk buat kek@kuih je, tapi sebenarnya boleh guna untuk putihkan ketiak jugak..ambik secubit je, larutkan dalam air dan gosok-gosok di ketiak 2-3minit, bilas dan lap hingga kering) Kesannya dapat dilihat dalam masa seminggu - dua minggu selepas anda amalkan.
  5. Ubat gigi (ubat gigi yang anda gunakan boleh bantu anda tanpa anda sedari..ambik ubat gigi, picit sebesar kacang soya pada tangan, gosok di ketiak setiap malam sebelum tidur) Anda boleh tengok kesannya dalam masa seminggu saja.


Cukup dulu petua buat kali ni..anda cuba, dah nampak kesan, kongsi kat sini yea..nieha dah cuba petua ni sejak sekolah lagi, memang berkesan sangat-sangat..jadi, cubalah sendiri ok..