SomEtHiNg spEciaL foR aLL!!!

My LifE is tHe ArT of thE dRaWiNg wiThOuT aN eRasEr...

eVerYonE WanT's tO bE hApPy...NobOdy wAnT's tO bE pAiN...bUt, yOu jUst cAn'T hAvE a RaiNbOw wItHouT aNy rAiN...

Thursday, January 13, 2011

BeNarKaH mAsiH wuJud InsaN yaNg pRihAtiN???


Salam'alaik...
Buat semua yang membaca, Nieha nak ucapkan bebanyak terima kasih...mungkin ada sedikit yang kita boleh kongsi bersama, mungkin juga kisah hidup Nieha ni boleh dijadikan pengajaran buat anda semua...yang penting, selagi kita bernafas, perjuangan harus kita teruskan...

Untuk entri kali ni, Nieha nak sangat tahu betul ke masih wujud insan yang prihatin terhadap insan lain??kalau benar masih wujud, dimanakah insan-insan yang prihatin tu??

Baiklah, tentu kamu semua di luar sana tertanya-tanya kenapa pelik benar persoalan yang Nieha timbulkan ni..Betul tak?Hmm, yea memang persoalan sebegini kedengaran agak pelik bagi sesetengah orang (orang yang hidupnya memang penuh dengan nikmat yang melimpah-ruah) namun bagi insan yang diabaikan walaupun setelah dilanda pelbagai ujian (secara luaran) , sudah tentu persoalan ini akan sering mengetuk-ngetuk benak fikiran mereka sehingga mereka merasakan semua insan di dunia ni terlalu pentingkan diri atau bahasa modennya selfish...


Yealah, bagaimana tidak kami insan-insan kerdil ini melemparkan rujukan sebegini bagi insan-insan yang memang pentingkan diri jika sememangnya mereka mampu serta layak menolong insan yang kesempitan, namun sengaja berpura-pura tidak mempunyai kesempatan untuk menghulurkan secebis bantuan
(atau bahasa kasarnya 'memang tak ingin membantu') yang memang amat diperlukan oleh insan-insan yang tak berdaya ini..


Entahlah, jika benar masih wujud insan yang prihatin, muncullah, menjelmalah wahai insan-insan yang prihatin.... jangan takut untuk membantu sesama insan kerana mungkin akan tiba suatu masa, anda pula yang memerlukan bantuan daripada insan lain... dan tidak mustahil, mungkin juga bantuan yang anda harapkan itu hanya dapat dilangsaikan oleh insan-insan yang tak berdaya sekarang, yang anda pandang hanya dengan ekor mata anda...

2 comments:

CINTA_NORTH2SOUTH said...

insan prihatin masih ujud...cume perlu utk kite jd prihatin sblm kita jumpe insan prihatin itu..:)

nieha niezzeissha said...

cinta:Benar ke masih wujud? rasanya diri ni sudah agak prihatin, namun masih belum jumpa insan yg prihatin dgn nasib diri ni...